Initiatives
Mengapakah rakyat Malaysia terpaksa menghadapi perubahan dasar pendidikan nasional setiap kali kabinet dirombak? Mestikah masa depan dan harapan untuk anak-anak kami diputuskan oleh menteri-menteri pelajaran yang tidak kekal kedudukan mereka di kabinet?
Kami tidak lagi percaya yang kerajaan Malaysia boleh membuat keputusan terbaik demi kepentingan rakyat kerana kami masih sedang bergelutan dengan isu-isu sistem pendidikan dan perubahan yang tidak konsisten pada hari ini.
Keputusan seperti ini perlulah berasal dari kebijaksanaan kolektif sebuah masyarakat yang bersungguh-sungguh dan berhasrat untuk masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Kongsilah fikiran dan pendapat anda di sini jika anda mempunyai cadangan konstruktif yang boleh memperbaikikan sistem pendidikan Malaysia.


